Announcement

Pembayaran Sistem ePCB melalui Bank


Pembayaran Sistem e-PCB kini boleh dilakukan melalui bank dengan kaedah berikut:

1. Bayaran menggunakan Nombor Akaun Bank (CIMB Bank Berhad) yang terdapat di dalam Slip Pengesahan ePCB/eData PCB sahaja.

2. Nombor Akaun Bank (CIMB Bank Berhad) adalah berbeza bagi setiap transaksi bayaran.

3. Nombor Akaun Bank (CIMB Bank Berhad) hanya boleh digunakan sekali transaksi sahaja.

4. Bayaran boleh dilakukan melalui :-

a. Perbankan Internet
i. CIMB Bank Berhad
ii. Lain-Lain Bank (IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik/Pindahan Wang)

b. Kaunter Bank atau ATM
i. CIMB Bank Berhad
ii. Lain-Lain Bank (IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik/Pindahan Wang)

c. Mesin Deposit Tunai Atau Mesin Deposit Cek (CIMB Bank Berhad sahaja).Sila simpan resit transaksi bayaran bagi tujuan rekod atau semakan.